Friday, December 25, 2009

Mukadimah...

SEJARAH PENUBUHAN...
Cetusan idea untuk menubuhkan Rumah Anak-Anak Yatim / Miskin ini diilhamkan oleh anak Kariah atas kesedaran untuk membantu dan membela nasib anak-anak yatim yang miskin dengan mewujudkan sebuah rumah yang sempurna dan selesa untuk menempatkan anak-anak yatim dari kariah kami. Projek pertubuhan ini dimulakan secara rasminya pada 21 oktober 2008 di sebuah rumah yang dipinjamkan secara sewa beli. Pertubuhan ini didaftarkan secara rasmi pada 1 januari 2009 di pejabat pendaftaran pertubuhan (ROS) negeri Kedah.



sijil pendaftaran pertubuhan

LATAR BELAKANG PERTUBUHAN
menyedari kejayaan sesebuah badan kebajikan banyak bergantung kepada sokongan dari masyarakat setempat dan agensi kerajaan, maka pihak pertubuhan mengorak langkah mencari sokongan dan bantuan dari agensi-agensi berkaitan serta individu-individu yang berminat menyumbang dana kepada pertubuhan ini. hasilnya pihak kami telah berjaya memperoleh sokongan dari jabatan kebajikan masyarakat daerah baling , jabatan mufti negeri kedah serta orang ramai yang prihatin akan nasib-nasib anak-anak yatim miskin. berkat sokongan itulah pihak kami berhasil memperoleh lesen memungut derma khairat pada 15 april 2009 yang dikeluarkan oleh jabatan agama islam negeri kedah.


surat sokongan dari jabatan mufti dan JKM daerah


surat kebenaran memungut derma khairat

sehubungan dengan itu pihak kami bersetuju melantik beberapa wakil yang terdiri dari ahli kariah untuk menjalankan urusan memungut derma khairat. pihak kami menyasarkan masyarakat setempat yang berkemampuan di samping syarikat-syarikat swasta yang berminat untuk menyumbang kepada pertubuhan ini.



memandangkan ruang premis yang terhad dek kerana kekangan masalah dana yang tidak mencukupi, pihak pertubuhan memutuskan hanya anak yatim perempuan sahaja ditempatkan di rumah anak yatim.manakala anak yatim lelaki pula di letakkan di bawah jagaan penjaga masing-masing. berikut adalah senarai nama anak-anak yatim yang berdaftar dengan pertubuhan iaitu seramai 26 orang perempuan dan 5 lelaki :-



PELAN LANTAI DAN BANGUNAN